Monday, June 14, 2010

Saturday, June 12, 2010

Sentuhan Istimewa Buat Adik dan Bakal Adik Ipar :)

Buat Adik Tersayang ( Nawar ) n Bakal Adik Ipar ( Kazi )

Warna dipilih Nawar ialah putih dan pink...katanya..hantaran yang dibuat memang seperti yang dibayangkan....ini adalah kali kedua saya berganding idea dengan adik lelaki saya; Kaled. Kali pertama adalah sewaktu kami membuat hantaran perkahwinan sahabat saya Haliza..lebih kurang 7 tahun lalu...( kalau tak silap saya )....inilah hasilnya...


Buat Kazi...Gold...Rich Gold...










Gubahan bunga untuk adik...Roses n Baby Breath.....







Sentuhan Suci Buat Sahabat

Hantaran ini khas buat sahabat tersayang, Haliza...kalau dulu saya buat untuk dia, sekarang untuk adiknya pula, Shoaib...4 bulan sebelum majlis sudah ditempah kalendar saya..katanya...dia tak mahu sentuhan orang lain...dia hanya mahukan 'air tangan' saya...warna yang dipilih...putih dan hitam...bunga-bungaan putih saya gubah bersama dengan manik pearl hitam yang diletak diantara bunga-bunga tersebut ( kononnya berries ). Harap-harap...kedua-duanya amat berpuas hati dengan tema 'White Wedding' yang saya pilih... :)










Sentuhan Seindah Mimpi

Kenapa Seindah Mimpi? Kerana adik saya menggelarkan konsep hantaran dan bunga telur ini sebagai "Lavendar Dreams". Bertemakan warna purple n silver..gabungan tersebut begitu menusuk mata yang memandang...apa lagi..jom la jamu mata..manalah tahu..ada yang terbawa ke mimpi melihat keindahan sentuhan saya dan adik kali ini ...masing-masing mengenakan sentuhan pada bahagian yang paling mahir ( saya dalam gubahan dan desing bunga..adik susur atur barang-barang) hasilnya...voila!!! bolehlah contact kalau ada yang berkenan ;)