Saturday, May 29, 2010

Sentuhan Buat Sahabat Lama

Khas untuk sahabat yang paling saya hormati dan sayangi, segala hasil seni saya tumpahkan pada hantaran yang hiasannya diperbuat dari bunga dip.


Warna tema yang dipilih oleh Maya adalah putih salju n baby pink...Sengaja saya memilih untuk membuat bunga dip kerana hasilnya bagi saya lebih menarik berbanding bunga tiruan dan Maya juga inginkan sesuatu yang tahan lama jika dibandingkan dengan bunga segar. Kesannya adalah seperti yang anda dapat lihat.


Oleh kerana warna putih mejadi warna utama, saya memilih untuk meghasilkan hantaran Maya dalam konsep English. Hasil English Konsep untuk perkahwinan Maya ini paling ketara dapat dilihat dalam pembuatan bunga telurnya ( dapat dilihat di bahagian bunga telur, di dalam blog ini ). Banyak saya gunakan riben kerana sentuhan English banyak bermain dengan riben. Hantaran saya tempatkan didalam bekas kayu putih berukir, hantaran coklat Ferrero Rocher pula saya letakkan di dalam bekas lilin klasik.















No comments:

Post a Comment